Jumaat, 27 November 2009

Sunnah Rasulullah SAW

Apakah itu Sunnah?
Sunnah adalah keseluruhan kehidupan baginda saw.Ijma` ulamak telah menjelaskan bahawa sunnah itu adalah agama.Seluruh kehidupan baginda saw adalah keseluruhan agama.Kekurangan di dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan mengamalkan agama.Kekurangan mengamalkan agama menandakan kekurangan iman pada Allah dan Rasul.

Iman dan sunnah adalah 2 perkara yg terkandung dalam kalimah syadah.Untuk mendapatkan iman yg sempurna,mantap dan kuat perlu ada 4 perkara dalam syahadah.

1.Tasdiq fi qulbi

2.Takril bil lisani

3.Amal bil arkan/amal fil jawarikh

4.Dakwah wa tabligh

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Ash ra berkata.Rasulullah saw bersabda: Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran-ajaran yg aku bawa.(hadith shahih,dalam kitab Al hujjah dengan sanad yg shahih)

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Firman Allah swt:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(Al-Ahzab;21)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku.

Firman Allah swt:
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Ali-`Imran:31)

Baginda saw amat mencintai umatnya,adakah kita mencintai kehidupan baginda seperti kuatnya cinta baginda terhadap kita atau kita tak endah tentang sunnahnya.

sebuah syair berbunyi:
"Kamu menderhakai Allah tetapi, kamu mendakwakan cinta kepadaNya.
Demi Allah, ini adalah perkara yang pelik. Jika cintamu benar pasti engkau mentaatinya. Kerana kekasih patuh pada yang dikasihinya.