Isnin, 30 Ogos 2010

Muhasabah Bagi Orang Yang Ingin Dinikahi

JANGAN KAHWINI YANG 6

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama:
Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua:
Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Ramadhan Tiba

Tirai ramadhan berlabuh lagi,
terbukalah segenap pintu syurga,
tertutup rapatlah segala pintu neraka
dan syaitan dibelenggu kesemuanya.

Ramadhan,kedatangan mu ditunggu penuh harapan
dan ketibaanmu kami mulia dan raikan
para abidin dan solehan berpesta
peluang beribadat pada yang Esa
aku bersyukur padamu ya Allah
kerana diberikan kesempatan menemui ramadan kali ini
aku berharap engkau bukalah pintu keampunan Mu
dan rahmatMu untuk ku
dan izinkan lagi bagiku bertemu ramadhan dan seterusnya

ramadhan
setiap tahun kau datang
hanya sebulan bersamaku
membawa bersamamu lailatul qadar
dan kau akan pergi lagi
diiringi tangisan para abidin dan solehin

ramadhan
lupalah peristiwa dulu
maafkan aku mengherdikmu
kini aku senang bersamamu
aku lebih rela dan redha
datanglah kepadaku

daku sedia memelukmu wahai ramadhan...