Jumaat, 18 September 2009

Ramadhan

RAMADHAN GURU KITA

Maulana tariq jamil (Pakistan)

Saban Ramadan menggurui kita antara aksara ukhrawi dan abjad duniawi antara resam haiwani dan resmi insani.

Ramadan telah menggurui kita bagaimana mempelajari nikmat iman itu manis cinta tapisan ujian dan duga hamba menyaring hikmah di celah himpitan mazmumah dan kekangan mahmudah.



Tanda murid yang cintakan guru ketika menghadap wajahnya kita merendah dan hormat tetapi seriau malu jauh di belakang matanya.


Ramadan adalah kiai yang setia menggurui kita padanya wibawa padanya pemurah tidak hormati kemuliaannya ertinya kita memilih derhaka tidak pedulikan tawarannya ertinya kita memilih kepapaan.

Rabu, 2 September 2009

Perempuan yg di jaga Allah


Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya walaupun hatinya… Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku, Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku, Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan… Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupaTapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…