Isnin, 7 Jun 2010

Lifeline 4 Gaza

Lebih daripada 1.5juta orang penduduk Gaza meneruskan kehidupan seharian mereka dalam keadaan kesempitan dan kekangan akibat sekatan berterusan yang dikenakan oleh rejim Aparthied zionis Israel dan sekutunya.

Sekatan yg dikenakan sejak brmulanya Intifadah Al-Aqsa November 2000 berterusan sehingga ke saat ini, di mana rakyat Gaza dihalang daripada mendapatkan hak asas kemanusiaan,kebebasan untuk bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air, serta mereka di asingkan sama sekali dari dunia luar.

Israel menghina dunia dgn melanggar Konvensyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila terus membina tembok kematian,mengurung Palestin dgn tembok batu setinggi dari 8m-15m.Tidak cukup dgn kurungan itu, kejaraan Mesir juga bertindak membina tembok Besi bagi menutup sebarang laluan di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.

Serangan brutal Zionis israel keatas Gaza dari 27disember 2008 hingga januari 2009 sama sekali meranapkan kehidupan Gaza.Rumah kediaman,sekolah,masjid,universiti,hospital,kilang-kilang, malahan apa saja yg diperlukan utk kehidupan di rosakkan. Setelah dimusnahkan sedemikian rupa, mereka juga di halang dari mendapatkan bantuan luar, disekat dari turun ke laut dan di serang hampir setiap hari... dapatkah kita bayangkan kesengsaraan penduduk Islam Gaza.

Adakah kita sanggup menjadi pemerhati atau masih bergelak ketawa bersama keluarga.
Kini Gaza telah sekian lama dipisahkan daripada kita,dari udara,darat mahupun laut.Apakah cukup hanya dgn kita bersedih dan simpati keatas mereka.

Inilah masanya utk kita bergabung tenaga,fikiran dan sedikit daripada apa yg kita miliki bersama masyarakat antarabangsa menentang kejahatan Zionis Israel dan sekutunya dgn menerobos sekatan yg mereka bina.

Ayuh kita mulakan langkah menghancurkan tembok kematian Gaza.Jangan biarkan diri kita sekadar menjadi pemerhati yg membiarkan Israel merobek hak kemanisiaan lain utk hidup aman damai..