Isnin, 5 Julai 2010

Lelaki Soleh Itu.....

Lelaki soleh itu....
Amat takut kepada Allah
Hukum,perintah dan larangan Allah tentang dirinya
Begitu juga tentang aurat isteri dan keluarganya

Lelaki soleh itu.....
Amat taat kepada kedua ibubapanya.
Baktinya kepada ibu bapanya melebihi kepada isteri.
Menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu.

Lelaki soleh itu.....
Juga tidak hidup bermewah-mewah.
Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan
Tiada dapat diberikan barang2 mewah dan perhiasan kepada isteri dan keluarganya
Syukur dan sabar atas segala apa yang ada

Lelaki soleh itu.....
Mahu menjauhkan diri daripada maksiat.
Takut terima rasuah dan segala macam duit haram
Tunduk pandangannya ketika berjalan
Langkah kakinya sentiasa dalam zikrullah

Suami soleh itu.....
Tidak akan duduk di rumah sahaja
Tetapi prihatin tentang tarbiar anak
Keluar hanya untuk berjuang
Juga dengan mencari rezeki halal

Lelaki soleh itu....
Menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'
Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program utamanya
Sentiasa fikir,risau dan bimbang akan keadaan ummat yang semakin jauh dari agama

Ahad, 4 Julai 2010

Wanita Solehah Itu.......

Wanita solehah itu.....
auratnya dijagai
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini

Wanita solehah itu.....
Keayuan tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu

Wanita solehah itu.....
Kepetahan bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama

Wanita solehah itu.....
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilainya

Wanita solehah itu.....
jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
Bersyukurlah diatas apa yang ada
Serta berusaha utk mendapatkan cinta ilahi.