Jumaat, 6 Ogos 2010

Ramadhan Tiba

Tirai ramadhan berlabuh lagi,
terbukalah segenap pintu syurga,
tertutup rapatlah segala pintu neraka
dan syaitan dibelenggu kesemuanya.

Ramadhan,kedatangan mu ditunggu penuh harapan
dan ketibaanmu kami mulia dan raikan
para abidin dan solehan berpesta
peluang beribadat pada yang Esa
aku bersyukur padamu ya Allah
kerana diberikan kesempatan menemui ramadan kali ini
aku berharap engkau bukalah pintu keampunan Mu
dan rahmatMu untuk ku
dan izinkan lagi bagiku bertemu ramadhan dan seterusnya

ramadhan
setiap tahun kau datang
hanya sebulan bersamaku
membawa bersamamu lailatul qadar
dan kau akan pergi lagi
diiringi tangisan para abidin dan solehin

ramadhan
lupalah peristiwa dulu
maafkan aku mengherdikmu
kini aku senang bersamamu
aku lebih rela dan redha
datanglah kepadaku

daku sedia memelukmu wahai ramadhan...

1 ulasan:

  1. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    BalasPadam