Setiap anak wajib berbakti & mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tuanya.Islam meletakkan ibu bapa pada tahap yg tinggi & mulia. Banyak bakti boleh di lakukan samaada dalam bentuk material & hubungan kasih sayang. Bersesuaianlah dengan fizikal ibu bapa ang semakin uzur & memerlukan lebih perhatian.Terdapat sekurang2nya 10 bakti yang perlu kita laksanakan kepada ibu bapa seperti:-
1.Memberi nafkah
2.Menyediakan tempat tinggal
3.Memberi kasih sayang
4.Memberi perhatian
5.Memenuhi permintaan
6.Melakukan apa yg mereka suka
7.Bercakap lemah lembut
8.Menghadiahkan kejayaan
9.Meluangkan masa bersama2
10.Mendoakan kesejahteraan untuk mereka di dunia & akhirat
1.Memberi nafkah
2.Menyediakan tempat tinggal
3.Memberi kasih sayang
4.Memberi perhatian
5.Memenuhi permintaan
6.Melakukan apa yg mereka suka
7.Bercakap lemah lembut
8.Menghadiahkan kejayaan
9.Meluangkan masa bersama2
10.Mendoakan kesejahteraan untuk mereka di dunia & akhirat
Sabda nabi saw:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan 3 perkara iaitu sedeqah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan yang diajarkan pada orang lain& anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" ( H.R Muslim)
Firman Allah swt:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah lanjut usianya dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau menggertak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik" (al-isra`:23)
Firman Allah swt:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucaplah 'Wahai Tuhanku sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecil' " (al-isra:24)
Sebenarnya kebaikan yang dilakukan anak terhadap ibu bapa amatlah kecil.Anak tidak mampu membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Namun gunakanlan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti sebaik mungkin agar kesempatan yang ada dapat kita manfaatkan bersama sebelum mereka pergi ke rahmatullah....
Kita selalu melihat mereka ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Disebalik kesenangannya munkin tersimpan seribu kekalutan. Kita takkan mengetahui isi hati mereka jikalau kita tidak menjadi sahabat kepada mereka...
.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,,.,.,.,.,.,,.,,.,.,.,.,.,.,.,..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.......,
Si awal
detik kau di lahirkan Jiwamu sesuci embun yg jernih Lantas terpahat namamu di alam persada seakan memberitahu dunia bahawa kau adalah anak yg tercinta
begitu impian ayah dan bonda tersirat di awal kelahiranmu kau di tatang umpama minyak yg penuh kau di didik dgn belayan kasih dan ketauhidan
kerana sebuah cinta yg fana` tercalarlah iman yg terpupuk hati kecilmu meronta tanpa menghitung
derhaka yg akan kau lemparkan fitrah sucimu menderita merana kau salamanya
mengapa kau sanggup meninggalkan cinta yg sebenar terhadap ilahi
kering sudah airmata ayah dan keringlah sudah air mata bonda telah mencurah secebis harapan
agar tidak berulang kisah yg pilusewaktu nuh menghulurkan tangannya kepada anaknya yg kelemasan
Ustazku
Wadi-l-jadid
Wadi-l-jadid
wallah hu wa rasulu a`lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan