Khamis, 21 Januari 2010

Keperluan Hidup & Maksud Hidup

Sahabat2 yg dimuliakan

Dengan nama Allah yg maha karim,maha rahim.Kehidupan dunia adalah kehidupan yg pendek & akhirat adalah kehidupan yg panjang.Kita diberi hanya 1 nyawa tp 2perkara perlu di sempurnakan sebelum bertemu Allah
1.keperluan duniawi(pekerjaan/harta/anak&istri/tempat tinggal)
2.maksud akhirat

Semua manusia semenjak lahirnya Adam a.s apa saja bidang,jawatan,kuasa,kekuatan,pemerintahan
harta,teknologi,sains,kemahiran,pangkat,darjat,internet,kekayaan. Jika mereka menjadikan semuanya ini adalah maksud maka semua orng akan menghabiskan masa untuk maksud tersebut..
berjam2 depan komputer,atas kenderaan,dalam pejabat,atas kajian,dalam kesibukan hanya untuk menuju dgn apa yg mereka sangkakan bahawa ini lah maksud mereka di jadikan,ini lah maksud mereka di lahirkan(na`uzubillah)

Maksud kita dilahirkan hanya untuk belajar ilmu agama,belajar mengamalkan agama dan sebarkan agama.Semua manusia takkan dapat mencapai maksud kecuali dgn jalan Nabi saw & sahabat ra. Jika kita ikut individu atau kumpulan manusia yg telah mencapai maksud sayugia kita belum berjaya mencapai maksud kerana maksud hanya akan di capai melalui jalan yg di jalan oleh Nabi saw dan sahabat ra.

Seorang ayah telah memberi tahu pada anaknya'wahai anak skarang kamu ke kedai sekian2 untuk beli beras.'Apabila anaknya pulang maka pasti ayahnya takkan tanya tentang basikal,motor,gula,garam atau sebagainya.Ayahnya hanya ingin tahu tentang berasnya.Maka pasti ayahnya akan menanyakan tentang beras tdi.Selepas anak itu pulang maka ayah bertanya....
'wahai anak dah beli ke beras tdi'???

Allah swt hantar kita di dunia hanya untuk 1 maksud dan bagaimana sebelum kita pulang maksud itu tercapai dan dapat di persembahkan depan Allah swt.
firman Allah;
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Dulu di alam roh kita telah bersyahadah Allah berfirman;
Tidakkah aku tuhan kamu
bahkan kami bersaksi

Semua roh manusia termasuk,nabi2,musuh nabi2,sahabat2 hatta fir`aun laknatullah pun mengaku Allah adalah rob yg sebenarnya.
Allah swt tak terima iman kita sebelum di uji.NaHHhh!!!! ni dunia,tempat ujian bagi kita,ia juga adalah penjara.Bila anak tadi sampai ke kedai
itulah tempat ujian baginya.Banyak gula2,barang2 mainan dan sebagainya
anak tdi perlu ingat.Bukanlah ia d hantar utk gula2 dan barang mainan.Kita kena faham anak tadi ada nafsu bersamanya keinginan dan keperluannya yg lain.
Bila kita bertemu Allah swt maka pasti pengibadatan kita yg ditanya sungguh mustahil Allah swt akan tanya selain dari iman dan amal,
kerana maksud kita di hantar utk mngabdikan diri pada Allah swt.

Allah akan tnya
Marobbuka
Hanya mereka yg mengetahui maksud ia dihantar sahaja akan berkata
Allahu robbi

Sahabat2 yg mulia,hendaknya kita semak & muraqabah, di manakah kita telah letakkan kehidupan kita hari ini.Ya memang benar!! dunia & akhirat kene seimbang syeikh.Sekiranya kita bagi masa untuk dunia 8jam,mampukah kita beri masa untuk akhirat 8jam(tilawah,zikir,solat).Orang kata kerja pun ibadat juga.Tp sekiranya kerana kerja kita lewatkan solat adakah itu ibadat.Sekali-sekala ok lah kut.Tp dah bertahun2 macam tu.

Harini kita telah dewasa.Adakah kita gembira dgn menduduki sekolah rendah tahap 1,sedangkan umur kita telah mencapai belasan @ 20-an. Solat,zikir,tilawah kita masa darjah 1 dgn umur 20 sama jer. Adakah ada org di dunia ni yg gembira dgan mendapat kulit kerang berbanding wang ringgit.
Wallah hu wa rasullu a`lam..

Ahad, 17 Januari 2010

3 Kemungkinan?

Dengan nama Allah yg menguasai sekelian makhluknya yg brada di langit dan bumi, yg menguasai sekalian kuasa,yg merajai sekalian raja.Tiada langsung pengharapan atas sekutu yg lain dariNya.Allah swt berdiri dgn sendirinya.Tidak beranak dan di peranakkan.Maha suci Allah yg menciptakan 18ribu makhluknya.

Allah maha besar segala puji untukMu,
Setiap bayi yg lahir,nyawa yg hilang setiap insan semua telah dituliskan.Burung yg terbang ikan berenang kerana Allah.Tiada 1 pun yg tak terencana,daun yg jatuh dan hujan yg turun,setiap musibah dan kematian telah dituliskan.Tak 1 pun kekurangan.
Semua perkara yg ternilai ada penciptanya dan ia takkan di beri pada semua orang.

Perkara yg ternilai kita akan jaga ia,pelihara ia dgn sebaik mungkin.Sbagai contoh pinggan dan gelas yg diperbuat dgn tangan(hand made)yg ada di rumah kita.Ianya bernilai shinggakan kita letakkan ia di tempat yg tinggi.Berada dalam almari bahkan di bungkus dalam kotak dgn keadaan yg baik.Ianya akan di keluarkan hanya bila ada perkara yg penting.Misalnya ada tetamu dari jauh,terhormat semata2 utk memuliakan tetamu itu.Kita takkan keluarkan pinggan dan gelas tadi utk makanan harian kita.Kita akan keluarkan pinggan yg paling mahal & berharga.

Selepas di jamu,maka ada ianya ada 3 kemungkinan di kembalikan pada tempat asalnya.
kemungkinan yg pertama,mungkin ianya dikeluarkan 1dozen tapi di gunakan hanya 6sahaja.
Kemungkinan yg ke2, 6 dari 1dozen yg digunakan perlu di basuh.Kerana ada noda,kotoran @ minyak dan sisa2 makanan,maka ianya perlu dibasuh.Barulah ia dikembalikan ketempat asalnya.
Kemungkinan yg ke3 barangkali ianya ada yg pecah dan tak dapat menampung isi kandungan makanan dan minuman.Maka ianya tidak akan di kembalikan pada tempat asalnya,trus di buang dalam tong sampah @ di bakar.

Begitu juga dgn tamsilan bg manusia.Asyraful makhluqot yg di ciptakan oleh Allah swt sendiri dgn kudratNya. Sehinggakan seluruh makhluk diperintahkan sujud kepada Adam a.s kecuali Iblis laknatullah.Allah swt pencipta manusia dgn tujuan dan maksudnya yg tersendiri.Asalnya dari tempat yg tertinggi,yg indah,terpelihara dalam syurga.Dihantar di dunia atas maksud yg sangat tinggi.Untuk menyempurnakan agama dalam diri manusia.

Juga ada 3kemungkinan kita dikembalikan di tempat asal(syurga).Kemungkinan yg pertama,mungkin kita dikembalikan tanpa ada apa2 halangan & penghisaban. Seperti nabi2 a`laimussalam.Masuk syurga tanpa hisab,tiada dosa,tiada noda.Kemungkinan yg ke2, mungkin kita kotor,masih ada noda & dosa sebelum jumpa Allah swt.Maka pasti kita di basuh dahulu dalam api(Allah humma fazna minhum).Kemungkinan ke3 mungkin dosa terlalu desar sehingga iman kita pecah & tak dapat menampung keretakan,keruntuhan iman.Maka bila berdiri di depan Allah swt pasti & pasti dalam kemurkaanNya.Di buang untuk selama-lamanya & di bakar,takkan di kembalikan pada tempat asalnya.(Na`u zubillah).

Pada kemungkinan yg mana agaknya kita dikembalikan???!!!