Khamis, 30 Jun 2011

10 Pesanan Imam Syafie Rah.

 Makam Imam Syafie rah
 
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

 Pandangan Makam Dari Dalam
 
Disini ana sertakan 10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1.Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

     ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Dengan ilmu yg kita ada maka bertambahnya rasa takut (khauf) pada Allah swt. Sekiranya kita mempunyai ilmu yg banyak,tinggi tp tidak beramal dengan ilmu itu, disisi Allah kita bukan orang yg berilmu walaupun di hadapan manusia kita disanjung. Kerana tujuan menuntut ilmu adalah untuk beramal.Tidak kira samada ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia(Funun) seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas..

Rabu, 22 Jun 2011

Lukisan Kehidupan Perantau

Mendung kelabu bergayut diwajah, Langit pun 
menangis disirami hati yang duka, Agar asa 
kembali padaMu tumbuh dihati, Manusia hidup 
diantara dua waktu, Masa lalu... 
Yang membuat kita ta`jub
Dan leka melihat daun yang berguguran, 
Sungai yg mengalir, Burung berkicauan, 
Bangunan pencakar langit, Keindahan dunia 
yg fana`, Masa mendatang hanya Allah 
yang tahu
Hari ini….
Demi masa terus dalam kerugiaan, 
Kegelapan kepada Nur, Daku masih mengira 
bintang, Menunggu matahari terbit
Dalam zulmat, Tanda qiamat hampir tiba
 
Dan aku masih di sini, Membilang langkah yg longlai
Kemana kaki ini melangkah tanpa zikrullah
Menggugah hati yg gelisah, Daku toleh kanan dan kiri
Masih menghitung hari dan membayangkan saat kematian....
Dakwah, usaha, tawakkal dan sabar,
Taslim hanya pada Allah swt..

Hari-hariku terus daku berjalan melakukan dosa 
dan noda, Tanpa ada rasa penyesalan, tangisan, 
ketakutan, ataupun kesedihan
Perantauanku jauh di bumi Anbia`… 
Padahal bekalku tidak mencukupi, Kekuatanku 
semakin rapuh… 
Sedang kematian terus mencariku, Aku tentu punya 
banyak sisa dosa, Yang aku tak mengetahuinya, 
Allah mengetahui dosa-dosaku yang tersembunyi 
Di saat bersendirian atau keramaian

Janganlah kau herdik orang asing,
Ketika sedang dalam perantauan
Kerana masa telah mengherdiknya,

Dengan kehinaan dan berbagai cobaan
 Daku harap redha kan tiba, Terang kan menjelma,
Biarkanlah aku tangisi jiwaku, dan meratapinya
Dan aku isi masa hidupku dengan muhasabah 
dan kesedihan, Biarkanlah ku usap linangan air mata, 
yang tak mau berhenti ini, Moga titisan air 
mata ini, dapat menyelamatkan daku dari azabMu?! 

Rabu, 15 Jun 2011

6 Perkara Dalam Kehidupan

Ulama` kata 6 perkara ini bukanlah kesempurnaan agama, tp bila kita amalkan 6 perkara ni maka mudah kita utk amalkan agama yg sempurna. Kira boleh kita gambarkan 6 perkara ni umpama kunci dlm agama.


1.Bangun pagi ucap kalimah LAAILAHA ILLALLAH dgn yaqin dan niat utk amalkan MUHAMMADUR RASULULLAH (Sunnah Nabi saw) dlm kehidupan hingga akhir hayat.

2.Jangan sekali-kali tinggalkan SOLAT dimasjid,awal waktu dgn berjemaah kerana Solah adalah pemisah antara iman dan kufur.

3. Setiap ibadat prlukan ILMU masail & fadhail, Masya Allah org berilmu darjatnya tinggi di sisi Allah. ZIKIR pula adalah hubungan kita dgn Allah, setiap masa dan keadaan kene igt Allah selalu.

4.Berjalan di bumi Allah dgn hati yg terbuka,sangka baik pada semua org tak kira samaada Ulama`,org tua @ kanak2. IKROM MUSLIMIN adalah sifat yg mulia. Bila kita buat baik pd org lain insya Allah org lain juga akan buat baik pd kita.

5. Dlam setiap amalan agama hahh.. jgn lupa IKHLASkan diri. Buat sesuatu perkara hanya kerana Allah & tinggal sesuatu perkara pun kerana Allah juga. Kenelah check amalan tu (sebelum,semasa,selepas) dlm setiap amalan agama yg kita lakukan.

6.Sangat penting kita DAKWAH & SAMPAIKAN sifat2 yg mulia ini kepada semua org. Jadikan Kehidupan kita ini sesempurna Nabi saw dan pengikutnya. Kalau org tak terima takpe. Jgn marah2.sabar itu kan separuh dari iman...

Insya Allah Mudah2an apa yg kita dgr n bca ini dpt kita ambil i`tibar, ittiba` amal dan sampaikan pada semua org.

Isnin, 13 Jun 2011

Kebahagiaan kami dlm hubungan


Semua manusia inginkan kebahagian. Salah satu langkah utk mendapat kebahagiaan adalah dlm perkahwinan.  Dan ia adalah Sunnah Baginda Muhammad saw. Ketaatan pada suami perlu dijaga. Kerana dgn ketaatan seorang wanita itu menjadikan darjatnya tinggi di sisi Allah swt. Seperti mana Sahabiah r.huma.
Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka  iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . . Semoga kita dapat ambil iktibar amal dan sampaikan.

 1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :) .
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

Sabtu, 11 Jun 2011

Maulana Ilyas rah Berkata.... Ulama`

MALFUZAT 9
Apakah maksud ilmu?
Maksud ilmu yg pertama dan utama agar seseorang itu islah kekurangan dan kelemahan dirinya, memahami kewajipan atas dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya. Apabila ilmu digunakan untuk menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang maka ilmu itu akan menjadi asbab takabur dan sombong lalu ilmu itu akan membinasakan pemilik ilmu itu sendiri.


MALFUZAT 63
Natijah ilmu ialah wujudnya amalan. Dan natijah amalan ialah wujudnya zikir. Apabila ilmu tidak wujudkan amalan(hanya ilmu sahaja), maka ia adalah ZULMAT. Jika amalan tidak beserta ingat pada Allah, maka ia adalah bisikan sahaja. Zikir tanpa ilmu adalah FITNAH...

MALFUZAT 88
Kita perlu fikir bersungguh-sungguh bagaimana ulama` dan org2 soleh boleh ambil bahagian dalam usaha ini agar mereka mendapat keredhoan dan ketenangan. Jika mereka tidak suka, kita hendaklah bersangka baik atas mereka dan sentiasa menziarahi mereka dgn niat utk mengambil faedah agama dan berkat dari mereka.

MALFUZAT 144
Sebab utama kesesatan Akhbar Bin Humayun (Raja Mughal) ialah pada mulanya dia sangat percaya dan bergantung kepada para ulama` sehingga semua kekuasaannya pun diserahkan kepada majlis ulama`. Tetapi dia tidak memiliki kemampuan dalam memilih ulama` haq. Akibatnya ulama` yg mencari dunia dan pangkat berebut utk memenuhi majlisnya. Setelah Akhbar mengetahui niat buruk dan tujuan duniawi mereka maka timbullah kebenciaannya kepada ulama`. Akibatnya dia menjauhkan diri dari para ulama` dan meminati agama lain langsung Islam di ganti dgn agama (Din Ilahi).

Imam Rabbani Mujajdid Alfa Thani rah juga telah menulis hal ini didalam beberapa makatib(kitabnya) bahawa kesesatan Raja Akhbar adalah disebabkan alim ulama` yg tamak terhadap dunia.

MALFUZAT 112
Para Alim Ulama` dan org yg berpengaruh, buatlah suatu aturan iaitu sebelum setiap jumaat, fikir dan pilih di masjid mana akan solat jumaat pada minggu ini. Utamakan tempat yg penduduknya ramai org2 miskin dan jahil. Misalnya tukang cuci,penarik beca, pemandu kereta kuda, buruh kasar, penjual sayur dan sebagainya. (Walaupun mereka ramai yg jahil dan lalai tetapi belum sampai tahap engkar dan menolak agama).

Pilihlah masjid yg kebanyakan penduduknya adalah org2 seperti ini. Berikan targhib kepada ahli masjid dan sediakan mereka utk berjumpa org lain. Buat jaulah disitu sebelum solat jumaat utk mengajak org ramai bersolat dan bawa mereka ke masjid. Kumpulkan mereka sebentar dan beritahu tentang kepentingan agama dan belajar agama serta ajaklah mereka keluar dgn jemaah utk belajar agama. Terangkan kepada mereka bahawa dgn usaha dakwah ini mereka dapat belajar perkara2 penting dari ilmu dan amalan agama. Org yg bersedia utk keluar bertabligh, maka uruskanlah supaya mereka dapat keluar dgn jemaah yg sesuai.


MALFUZAT 168
Meminta kurniaan & rezki dari Allah adalah fardhu,meminta upah di dunia dari ibadat serta khidmat adalah HARAM.

Terjemahan oleh: Maulana Muhammad Manzur Nu`mani