Khamis, 21 Julai 2011

Zaujati

Daku keluar di jalan Allah,
Doakan daku selamat pergi dan kembali..
Daku keluar utk sukakan Allah dan RasulNya,
Ketika ummat meninggalkan sunnah nabi dan ketaatan pada Allah.
Maka daku korbankan diri, harta dan masa kerana Allah.
Dgn niat utk sama2 islah diri
Moga di hari qiamat dpat daku sembahkan pada Allah
Sebagai bukti cinta Allah dan Rasul.
Bukan kerana duit dan harta
Bukan utk meninggalkan tanggung jawab sebagai anak dan suami
Kerana panggilan Allah telah tiba.....

Aqidah Tohawiyyah (العقيدة الطحاوية)

 
Kitab Aqidah Tohawiyyah

حي لا يموت قيوم لا ينام
 Allah hidup tidak mati, Allah berdiri dengan sendiri

جالق بلا حاجاة رازق بلا مؤونة
Allah mencipta tanpa hajat, Allah beri rezeki tanpa gudang
 
مميت بلا مخافة باعث بلا مشقة
 Allah mematikan tanpa rasa takut, Allah membangkitkan kembali tanpa susah.

*di atas adalah antara matan2 yg telah disebutkan dalam kitab aqidah tohawiyyah, dan ta`lifnya oleh Imam Qodi Ali Bin Ali Bin Muhammad Bin Abi Izzi Ad-Damasqi (792H)

Alhamdulillah syukur pada Allah yg memberikan kita nikmat iman dan Islam serta pegangan akidah yg benar seperti kehendak Allah dan Rasulnya serta Sahabat r.hum yg mengikutinya hingga hari qiamat. Disini ana sebutkan tentang akidah ahli sunnah wal jamaah menurut kitab AQIDAH TOHAWIYYAH. Antara kitab yg mengatakan aqidah ahli sunnah wal jamaah yg mana hari ini kita kene belajar utk memahami dan memahaminya supaya akidah kita kuat dan tidak terpesung oleh mana2 ahli,kumpulan atau individu yg ingin merosakkan. 
 
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam usaha agama kita akan nampak kebesaran Allah melalui matan2 dalam kitab ini. Kerana apa yg selalu kita dakwahkan tentang kebesaran Allah terdapat juga dalam kitab ni.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah yg mengikuti Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Mereka yg mentauhidkan Allah itu sebagai Tuhan (bukan makhluk). Ia tidak bersifat dan tidak menyerupai seperti makhluk.tentang Uluhiyah dan Rububiyahnya serta Asma` wa sifat (sifat 20). Tidak seperti golongan yg memikirkan agama hanya dengan akal fikiran mereka dan mentafsirkan ayat2 al-quran menurut apa yg mereka ketahui bukan mengikut ulama` yg muktabar seperti imam 4 mazhab. 
Golongan dibawah adalah antara golongan yg rosak aqidahnya:
  1. Rafidhiah
  2. Kharwarij
  3. Jabariah
  4. Qadariah
  5. Jahmiyyah
  6. Murjiah
  7. Syi`ah
  8. Salafi
  9. Wahabi
  10. Muktazilah
  11. Musyabbihah

Walla hu `alam... 

Jumaat, 15 Julai 2011

Ya Ilahi


YA ILAHI, Dunia ini berat ringankanlah ia
YA ILAHI, Dosaku banyak ampunkah ia
YA ILAHI, Penyakit hatiku parah sembuhkanlah ia
YA ILAHI, Zikirku jarang-jarang dawamkalah ia
YA ILAHI, Hatiku lalai, sibukkanlah ia dengan zikir padaMu
YA ILAHI, Jiwaku hilang, hadirkanlah ia
YA ILAHI, Jasadku beku, siramkanlah ia
YA ILAHI, daku ibarat berjalan tanpa ruh, pengsan dalam dosa dan kelalaian.
YA ILAHI, Biarlah daku syughul dalam keEsaanMu, pandanglah daku ya Ilahi..
YA ILAHI, Jangan tinggalkan aku, jangan lupakan daku.

YA ILAHI, mati itu syarat menemuiMu bilakah hadirnya ia
 YA ILAHI, matikan daku dalam kesyahidan syahadahMu
YA ILAHI, letakkan daku dalam dakapanMu, agar perlakuanku dalam pimpinanMu
YA ILAHI, Daku tenggelam dalam dosa dan noda, timbulkanlah ia
YA ILAHI, pandanglah kami dgn rahmatMuYA ILAHI, pandanglah kami dgn kasih sayangMu

Pimpinlah kami spt mana pimpinanMu terhadap Nabi saw dan Sahabat r.hum
Bimbinglah kami spt mana bimbinganMu terhadap Nabi saw dan Sahabat r.hum

YA ILAHI.....
YA ILAHI.....


YA ILAHI.....

Lailatul Baraat Adalah 15 sya`ban

 Hazrat Abu Nadhrah rah berkata bahawa pada malam itu semua tugas2 malaikat utk sepanjang tahun dibahagikan. Semua kebaikan utk sepanjang tahun, semua keburukan, rezeki, kematian, kesakitan, murah atau mahalnya harga barang diputus serta diisytiharkan pada malam ini. 

Hazrat Ikromah r.a berkata bahawa pada malam Lailatul Baraat (15 Sya`ban) kesemua hukum hakam utk sepanjang tahun diputus dan diserah kepada malaikat termasuklah senarai org2 yg akan mati dan senarai org2 yg akan pergi ke tanah suci utk mengerjakan haji. Tidak boleh berlaku apa2 kekurangan atau berlebihan daripadanya disepanjang tahun..

Didalam sebuah hadith Hazrat Ibnu Abbas r.huma berkata, "Kamu melihat salah seorang sedang berjalan2 dalam pasar tetapi namanya sudah pun tercatit dalam senarai mereka yg mati pada tahun ini."

Sebuah Hadith menyatakan sabdaan Rasululllah saw bahawa senarai kesemua org yg akan mati dalam tempoh masa antara 1 bulan sya`ban ke bulan sya`ban yg akan datang diberi (kepada malaikat) dgn mencatit waktu ajal mereka. Sehinggakan org yg sedang berkahwin dan ada yg akan mendapat anak, tetapi di atas langit namanya sudah dicatit dalam senarai org2 yg akan mati..
Mari sama2 berdoa semoga Allah swt memberkati umur kita dan mati dalam keadaan Khusnul Khotimah
##########Wallahu a`lam##########

Khamis, 7 Julai 2011

Kekeliruan Ummat Islam Tentang Masjid Al-Aqsa

Bismillaa Hirrohma Nirrohim
 
Al Isra`:1

  Masjid Al-Aqsa adalah Masjid Suci yg ke-3 utk ummat Islam selepas Masjidil Haram di Mekkah & Masjid Nabawi di Madinah Munawwarah. Ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah di Makkah. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Masjid Al-Aqsa mula-mula dibina oleh Nabi Adam as. Nabi Ibrahim as membina semula Masjid Al Aqsa di Jerusalem kerana dia dan Ismail membina semula Kaabah di Makkah. Nabi Daud as memulakan pembinaan semula Masjid Al Aqsa. Nabi Sulaiman as adalah nabi terakhir yang menyelesaikan binaan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa yg dibina oleh Nabi Sulaiman as telah dimusnahkan pada tahun 587SM oleh Nebukadnezar Raja Babylon.

Kubah Al-Sakhrah

Orang2 Yahudi memanggil Masjid Al-Aqsa ini dengan nama yg sama yg dibina oleh Nabi Sulaiman as sebagai Bait (rumah) mereka. Orang2 Yahudi membina semula Kuil mereka di laman yg sama pada 167 SM, tetapi telah dimusnahkan pada tahun 70 Masihi dan Yahudi dihalau dari Jerusalem. Tapak Masjid Al-Aqsa terus dibiarkan dan telah digunakan sebagai tempat pembuangan sampah (Nau`zubillah) selama hampir 600 tahun sehingga Khalifah Agung Umar bin Khattab membebaskan Jerusalem pada 637M. Khalifah Umar bin Khattab membina Masjid Al-Aqsa yg mana pada permulaan binaannya adalah berasaskan kayu. Khalifah Umayyah (Abd Malik Bin Marwan) 72/73 H telah memulakan pembinaan Kubah Batu.(Dome of the Rock). Ianya hanyalah kubah batu dan bukannya Masjid Al-Aqsa yg telah kita ketahui & apa yg media masa telah war2kan selama ini.

Nama Lain Bagi Kubah Emas Adalah
(Kubah Al-Sakhrah & Dome of the Rock)

Gambaran Keseluruhan Kawasan Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa Adalah Berkubah Hitam Kecil Yg Diperbaharui Binaannya Oleh Khalifah Malik Bin Marwan

Kawasan Haram Al Aqsa adalah didalam Masjid Al-Aqsa (Masjid berkubah Hitam) dan Kubah Batu (Masjid berkubah Emas). Israel telah menduduki Masjid Al Aqsa pada tahun 1967. Orang2 Yahudi telah membuat 100 percubaan untuk memusnahkan Al-Aqsa sejak tahun 1967 ketika mereka mendudukinya. Satu kebakaran pada tahun 1967 bermula dengan membantu mereka memusnahkan Mimbar 900 tahun dipasang oleh Salahuddin Al-Ayubi, Wira Besar Islam. Mereka mahu meletupkannya dan menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan menggantikannya dengan Kuil Yahudi. Lihat sedutan di bawah:-
Konspirasi Masjid Al-Aqsa



Sabtu, 2 Julai 2011

3 Kemungkinan, Yg Mana Kita Duduk!!??

Dengan nama Allah yg menguasai sekelian makhluknya yg brada di langit dan bumi, yg menguasai sekalian kuasa,yg merajai sekalian raja.Tiada langsung pengharapan atas sekutu yg lain dariNya.Allah swt berdiri dgn sendirinya.Tidak beranak dan di peranakkan.Maha suci Allah yg menciptakan 18ribu makhluknya.

Allah maha besar segala puji untukMu, Setiap bayi yg lahir,nyawa yg hilang setiap insan semua telah dituliskan. Burung yg terbang ikan berenang kerana Allah.Tiada 1 pun yg tak terencana,daun yg jatuh dan hujan yg turun,setiap musibah dan kematian telah dituliskan.Tak 1 pun kekurangan. Semua perkara yg ternilai ada penciptanya dan ia takkan di beri pada semua orang.

Perkara yg ternilai kita akan jaga ia,pelihara ia dgn sebaik mungkin.Sbagai contoh pinggan dan gelas yg diperbuat dgn tangan(hand made)yg ada di rumah kita.Ianya bernilai shinggakan kita letakkan ia di tempat yg tinggi.Berada dalam almari bahkan di bungkus dalam kotak dgn keadaan yg baik.Ianya akan di keluarkan hanya bila ada perkara yg penting.Misalnya ada tetamu dari jauh,terhormat semata2 utk memuliakan tetamu itu.Kita takkan keluarkan pinggan dan gelas tadi utk makanan harian kita.Kita akan keluarkan pinggan yg paling mahal & berharga.

Pinggan Hand Made ni... (Gambar Hiasan)

Selepas di jamu,maka ianya ada 3 kemungkinan di kembalikan pada tempat asalnya.

Kemungkinan yg pertama
Mungkin ianya dikeluarkan 1dozen tapi di gunakan hanya 6sahaja.  

Kemungkinan yg ke2
6 dari 1dozen yg digunakan perlu di basuh.Kerana ada noda,kotoran @ minyak dan sisa2 makanan,maka ianya perlu dibasuh.Barulah ia dikembalikan ketempat asalnya.

Kemungkinan yg ke3
Barangkali ianya ada yg pecah dan tak dapat menampung isi kandungan makanan dan minuman.Maka ianya tidak akan di kembalikan pada tempat asalnya,trus di buang dalam tong sampah @ di bakar.

Pinggan Yg Pecah Tak Perlu Disimpan, Buang Je...

Begitu juga dgn tamsilan bg manusia.Asyraful makhluqot yg di ciptakan oleh Allah swt sendiri dgn kudratNya. Sehinggakan seluruh makhluk diperintahkan sujud kepada Adam a.s kecuali Iblis laknatullah.Allah swt pencipta manusia dgn tujuan dan maksudnya yg tersendiri.Asalnya dari tempat yg tertinggi,yg indah,terpelihara dalam syurga.Dihantar di dunia atas maksud yg sangat tinggi.Untuk menyempurnakan agama dalam diri manusia.

Juga ada 3kemungkinan kita dikembalikan di tempat asal(syurga).

Kemungkinan yg pertama
Mungkin kita dikembalikan tanpa ada apa2 halangan & penghisaban. Seperti nabi2 a`laimussalam.Masuk syurga tanpa hisab,tiada dosa,tiada noda.

Kemungkinan yg ke2
Mungkin kita kotor,masih ada noda & dosa sebelum jumpa Allah swt. Maka pasti kita di basuh dahulu dalam api(Maa`zallah).

Kemungkinan ke3
Mungkin dosa terlalu besar sehingga iman kita pecah & tak dapat menampung retakan serta keruntuhan iman. Maka bila berdiri di depan Allah swt pasti & pasti kita dalam kemurkaanNya.Di buang untuk selama-lamanya & di bakar,takkan di kembalikan pada tempat asalnya. Yakni di Syurga. (Maa`dzallah).

Sama2 kita duduk sjenak dan fikir2kan
Pada kemungkinan yg mana agaknya kita dikembalikan???!!!