Khamis, 21 Julai 2011

Aqidah Tohawiyyah (العقيدة الطحاوية)

 
Kitab Aqidah Tohawiyyah

حي لا يموت قيوم لا ينام
 Allah hidup tidak mati, Allah berdiri dengan sendiri

جالق بلا حاجاة رازق بلا مؤونة
Allah mencipta tanpa hajat, Allah beri rezeki tanpa gudang
 
مميت بلا مخافة باعث بلا مشقة
 Allah mematikan tanpa rasa takut, Allah membangkitkan kembali tanpa susah.

*di atas adalah antara matan2 yg telah disebutkan dalam kitab aqidah tohawiyyah, dan ta`lifnya oleh Imam Qodi Ali Bin Ali Bin Muhammad Bin Abi Izzi Ad-Damasqi (792H)

Alhamdulillah syukur pada Allah yg memberikan kita nikmat iman dan Islam serta pegangan akidah yg benar seperti kehendak Allah dan Rasulnya serta Sahabat r.hum yg mengikutinya hingga hari qiamat. Disini ana sebutkan tentang akidah ahli sunnah wal jamaah menurut kitab AQIDAH TOHAWIYYAH. Antara kitab yg mengatakan aqidah ahli sunnah wal jamaah yg mana hari ini kita kene belajar utk memahami dan memahaminya supaya akidah kita kuat dan tidak terpesung oleh mana2 ahli,kumpulan atau individu yg ingin merosakkan. 
 
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam usaha agama kita akan nampak kebesaran Allah melalui matan2 dalam kitab ini. Kerana apa yg selalu kita dakwahkan tentang kebesaran Allah terdapat juga dalam kitab ni.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah yg mengikuti Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Mereka yg mentauhidkan Allah itu sebagai Tuhan (bukan makhluk). Ia tidak bersifat dan tidak menyerupai seperti makhluk.tentang Uluhiyah dan Rububiyahnya serta Asma` wa sifat (sifat 20). Tidak seperti golongan yg memikirkan agama hanya dengan akal fikiran mereka dan mentafsirkan ayat2 al-quran menurut apa yg mereka ketahui bukan mengikut ulama` yg muktabar seperti imam 4 mazhab. 
Golongan dibawah adalah antara golongan yg rosak aqidahnya:
  1. Rafidhiah
  2. Kharwarij
  3. Jabariah
  4. Qadariah
  5. Jahmiyyah
  6. Murjiah
  7. Syi`ah
  8. Salafi
  9. Wahabi
  10. Muktazilah
  11. Musyabbihah

Walla hu `alam... 

1 ulasan:

  1. Allah mematikan tanpa rasa takut, Allah membangkitkan kembali tanpa susah.

    nice

    BalasPadam