Sabtu, 2 Julai 2011

3 Kemungkinan, Yg Mana Kita Duduk!!??

Dengan nama Allah yg menguasai sekelian makhluknya yg brada di langit dan bumi, yg menguasai sekalian kuasa,yg merajai sekalian raja.Tiada langsung pengharapan atas sekutu yg lain dariNya.Allah swt berdiri dgn sendirinya.Tidak beranak dan di peranakkan.Maha suci Allah yg menciptakan 18ribu makhluknya.

Allah maha besar segala puji untukMu, Setiap bayi yg lahir,nyawa yg hilang setiap insan semua telah dituliskan. Burung yg terbang ikan berenang kerana Allah.Tiada 1 pun yg tak terencana,daun yg jatuh dan hujan yg turun,setiap musibah dan kematian telah dituliskan.Tak 1 pun kekurangan. Semua perkara yg ternilai ada penciptanya dan ia takkan di beri pada semua orang.

Perkara yg ternilai kita akan jaga ia,pelihara ia dgn sebaik mungkin.Sbagai contoh pinggan dan gelas yg diperbuat dgn tangan(hand made)yg ada di rumah kita.Ianya bernilai shinggakan kita letakkan ia di tempat yg tinggi.Berada dalam almari bahkan di bungkus dalam kotak dgn keadaan yg baik.Ianya akan di keluarkan hanya bila ada perkara yg penting.Misalnya ada tetamu dari jauh,terhormat semata2 utk memuliakan tetamu itu.Kita takkan keluarkan pinggan dan gelas tadi utk makanan harian kita.Kita akan keluarkan pinggan yg paling mahal & berharga.

Pinggan Hand Made ni... (Gambar Hiasan)

Selepas di jamu,maka ianya ada 3 kemungkinan di kembalikan pada tempat asalnya.

Kemungkinan yg pertama
Mungkin ianya dikeluarkan 1dozen tapi di gunakan hanya 6sahaja.  

Kemungkinan yg ke2
6 dari 1dozen yg digunakan perlu di basuh.Kerana ada noda,kotoran @ minyak dan sisa2 makanan,maka ianya perlu dibasuh.Barulah ia dikembalikan ketempat asalnya.

Kemungkinan yg ke3
Barangkali ianya ada yg pecah dan tak dapat menampung isi kandungan makanan dan minuman.Maka ianya tidak akan di kembalikan pada tempat asalnya,trus di buang dalam tong sampah @ di bakar.

Pinggan Yg Pecah Tak Perlu Disimpan, Buang Je...

Begitu juga dgn tamsilan bg manusia.Asyraful makhluqot yg di ciptakan oleh Allah swt sendiri dgn kudratNya. Sehinggakan seluruh makhluk diperintahkan sujud kepada Adam a.s kecuali Iblis laknatullah.Allah swt pencipta manusia dgn tujuan dan maksudnya yg tersendiri.Asalnya dari tempat yg tertinggi,yg indah,terpelihara dalam syurga.Dihantar di dunia atas maksud yg sangat tinggi.Untuk menyempurnakan agama dalam diri manusia.

Juga ada 3kemungkinan kita dikembalikan di tempat asal(syurga).

Kemungkinan yg pertama
Mungkin kita dikembalikan tanpa ada apa2 halangan & penghisaban. Seperti nabi2 a`laimussalam.Masuk syurga tanpa hisab,tiada dosa,tiada noda.

Kemungkinan yg ke2
Mungkin kita kotor,masih ada noda & dosa sebelum jumpa Allah swt. Maka pasti kita di basuh dahulu dalam api(Maa`zallah).

Kemungkinan ke3
Mungkin dosa terlalu besar sehingga iman kita pecah & tak dapat menampung retakan serta keruntuhan iman. Maka bila berdiri di depan Allah swt pasti & pasti kita dalam kemurkaanNya.Di buang untuk selama-lamanya & di bakar,takkan di kembalikan pada tempat asalnya. Yakni di Syurga. (Maa`dzallah).

Sama2 kita duduk sjenak dan fikir2kan
Pada kemungkinan yg mana agaknya kita dikembalikan???!!!

4 ulasan:

  1. nice sharing tuan..

    kebetulan sy juga pernah bercerita ttg kisah pinggan ni kat blog sy.. seronok membaca.. sbb lain orang, lain cara olahannya.. ye lah kan, nama pun berada di dalam jemaah yg sama.. mesti la ada cerita yg sama kan.. hehe..

    BalasPadam
  2. liyana
    sama2 kita renung2kan

    fuad ansari
    tamsilan bayan mang biasanya akan dkaitkn dgn pkara harian, spaya mudah kita fham.tp mksudnya 1 je.bgaimana kita faham bhawa pkara2 akhirat lbih dkat dgn kita. mudah2an fikir, risau dan bimbang Nabi saw ada dlm diri kita. bru lah siang kita spt singnya Nabi saw dan malam kita spt mlamnya Nabi saw.amennn ya Rob.

    BalasPadam
  3. salam,
    nak upload dr youtube
    cara2nye
    1- pi pilih video yg nak
    2- pastu tengok kat bawah, klik kat share
    3- ambik embedded code yg dipaparkan. (bole pilih saiz frame video)
    4- copy
    5- pi blog hafizatun qiram, buka new posting, paste kan code tu.
    6- save, tengok kat preview ok tak.
    7- tambah la apa2 tulis pastu publish.
    ok? cuba try tengok camna...

    -kirim salam kpd husband, insya-Allah

    BalasPadam