Sabtu, 6 Februari 2010

Nur Iman(cahaya iman)

Iman adalah Cahaya Allah yang memancar di hati orang yang dikehendaki Allah. Tempat iman adalah dalam hati. Semua usaha ambia alaihissalam adalam hati2 manusia. Sepaya mereka berkeinginan pada kebaikan. Kebaikan terbesar adalah kalimah LAA ILA HA ILLALLAH. Org yg tidak diberi taufik oleh Allah maka utk menyebut nama Allah swt itupun dia tidak mampu lakukannya,kerana hanya dengan taufik & hidayahNya sahaja akan di izinkan utk menyebutnya.

Firman Allah swt:
Barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun(An Nuur:40)

Dalam diri manusia ada 2 cahaya. Cahaya dalaman & cahaya luaran. Cahaya luaran akan membezakan perkara yg zahir di depan kita.1 orang yg duduk dalam kawasan yg gelap dia tak dapat membezakan antara ular sebenar & ular mainan. Dia tak dapat membezakan antara batu & permata. Tetapi apabila datangnya cahaya maka segala kegelapan akan hilang,tersingkaplah segala rahsia. Bila datangnya cahaya maka seorang itu akan dapat membezakan apa yg ada & zahir di depannya.

Cahaya dalaman adalah iman.Seorang yg telah mendapatkan cahaya iman maka dia akan dapat membezakan perintah & larangan Allah swt.

Firman Allah swt:
orang-orang yang dibukakan Allah hatinya(untuk) berserah diri lalu ia mendapat cahaya dari Rabbnya(Az Zumar:22)

Bagi org yg tidak ada iman dalam hatinya maka dia dalam kegelapan & dia tidak dapat membezakan dosa & pahala,Perintah & larangan,Syurga & neraka. Baginya sama saja, tak ada apa2 nilai & ketakutan. Apatah lagi terhadap ancaman Allah swt terhadap laranganNya.

Firman Allah swt:
dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya,(Al Maidah:16)

Orang yg telah mendapatkan iman dalam hatinya,maka ada tanda2 yg kita akan dapat lihat dalam dirinya yg zahir atas kekuatan iman yg ada. Sahabat2 r.ahum telah usahakan iman mereka sehinggakan kekuatan iman telah zahir dalam hati mereka.

Sabda Rasulullah SAW:
Apabila cahaya Allah telah masuk kedalam qalbi maka dadapun menjadi lapang dan terbuka…” Seorang sahabat bertanya, “Apakah yang demikian itu tanda-tandanya ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ya, orang-orang yang mengalaminya lalu merenggangkan pandangannya dari negeri tipuan(dunia) dan bersiap menuju ke negeri abadi (akhirat) serta mempersiapkan mati sebelum mati.

Semua org mengenali umar r.a. Sehinggakan apabila nama Umar r.a di sebut maka ketakutan menyelubungi hati manusia pada zaman itu,bahkan org2 kafir juga gementar bila mendengarnya. Bila Umar r.a melalui suatu lorong maka syaitan tidak akan melalui lorong itu selama 3h. 1 ketika Umar r.a telah melalui perkumpulan kanak2 yg sedang bermain di tepi jalan. Pabila Umar r.a tiba maka semua kanak2 tadi lari bertempiaran kerana takutkan umar r.a. Tetapi hanya 1 org yg tinggal,
maka Umar r.a bertanya 'siapa namamu?'
dia menjawab 'Abdullah'
'nama bapamu?' Zubair
maka Umar bertanya lagi 'kenapa kamu tak lari?'
Abdullah ibnu Zubair berkata 'umi saya selalu berpesan jangan takutkan pada sesiapa kecuali pada ALLAH,takut hanya pada Allah'
Kesan ta`lim yg di didik uminya maka kekuatan iman telah datang dalam diri Abdullah ibnu Zubair.

3 perkara akan zahir pada org yg telah ada dalam hatinya nur iman
1)Orang-orang yang mengalaminya lalu merenggangkan pandangannya dari negeri tipuan(dunia yg menipu)
Semasa org2 Islam menawan kerajaan Rom & Parsi maka semua harta ghanimah telah dikumpulkan. Oleh kerana nur iman telah berada dalam hati mereka,maka sedikit pun mereka tak terkesan pada harta2 yg mereka dapatkan. Mereka tidak lagi di tipu oleh dunia yg menipu.

2)Bersiap menuju ke negeri abadi(akhirat)
persiapan pada amal utk kita bawa & dipersembahkan pada Allah. Sentiasa risau tentang amal, kemungkinan amal yg kita buat selama berpuluh2 tahun tak diterima oleh Allah swt. Oleh kerana itu sahabat2 r.ahum telah buat persiapan sebanyak yg mereka mampu amalkan. Dalam kitab 'hayatus sahabah'(kisah2 para sahabat) telah diceritakan ada sahabat2 yg solat,zikir,doa & tilawah sepanjang2 malam.

3)Persiapkan mati sebelum mati.
Sentiasa ingatkan hari kematian yg akan hadir bila2 masa. Ulama`2 hakikat selalu berpesan bila beristighfar maka kenangkan dosa2 yg lampau. Walaupun 100ribu dosa kita telah diampunkan tapi hanya 1 sahaja yg tidak diampun, maka itu telah cukup utk diri kita dicampak ke dalam neraka jahannam.

Usaha atas iman sangat2 penting kita lakukan kerana ianya adalah fardu ain. Ia adalah akar pada agama bila akar agama rosak maka rosaklah keseluruhan agama. Untuk usaha atas iman maka diri,masa,harta perlu di luangkan sedikit utk kebaikan kita INSYAALLAH....

3 ulasan:

  1. Innallaha kariha lakum tsalaasah, qiila wa qaala, wakatsratul soal, wa 'idhaa atul mal (Allah benci drp kamu 3 perkara, qiila wa qala, banyak soal dan mensia2kan harta).
    Petikan artikel diatas adalah contoh qila wa qala (dengar orang kata, dia pun kata) yg menyebabkan 99% geng tabligh hari ini sesat dlm usaha (dholla sakyuhum). Kita disuruh bercakap dgm kalamullah & kalam Rasul, tapi puak tabligh pakistan ni mereka guna qila wa qola (org lama bgtau, org alim kata, ulamak bgtau, elders bgtau blb bla) semuanya. Mereka kufur ( berpaling) drp ayat Quran. Tidak mahu/benci bila kita cuba bercakap dgn ayat. Cuba baca ayat depan mrk, pasti mat2 tabligh ni tak tahan dan akan segera lari.

    BalasPadam
  2. Innallaha kariha lakum tsalaasah, qiila wa qaala, wakatsratul soal, wa 'idhaa atul mal (Allah benci drp kamu 3 perkara, qiila wa qala, banyak soal dan mensia2kan harta).
    Petikan artikel diatas adalah contoh qila wa qala (dengar orang kata, dia pun kata) yg menyebabkan 99% geng tabligh hari ini sesat dlm usaha (dholla sakyuhum). Kita disuruh bercakap dgm kalamullah & kalam Rasul, tapi puak tabligh pakistan ni mereka guna qila wa qola (org lama bgtau, org alim kata, ulamak bgtau, elders bgtau blb bla) semuanya. Mereka kufur ( berpaling) drp ayat Quran. Tidak mahu/benci bila kita cuba bercakap dgn ayat. Cuba baca ayat depan mrk, pasti mat2 tabligh ni tak tahan dan akan segera lari.

    BalasPadam