Selasa, 8 Disember 2009

Hakikat Agama

Nahmaduhu wanusolli a`la rosuluhul karim

Perkara yg paling penting untuk kita renungi adalah perkara berkaitan dengan hakikat agama yg merupakan sumber kejayaan dunia dan akhirat,maka kita harus mengetahui dan menjaganya.Ianya akan menyebabkan roh Islam akan terkeluar dari diri kita.Lalu menjadikan kita sebagai satu jasad yg tidak bernyawa.Kesan buruk yg berlaku ialah "sifat amanah" yg menjadi sifat utama kemuliaan manusia akan pupus dan binasa,"sifat malas" dalam beribadat akan tersebar,jalan-jalan kesesatan dan penyelewengan akan terbuka luas,kejahilan akan berleluasa.Semua urusan akan mengalami kerosakan,perpecahan ummat antara satu dengan yg lain akan berlaku,masyarakat akan rosak dan makhluk yg lain akan binasa.

Usaha yg menekankan kepada rupa agama dengan memberi kepentingan kepada pakaian,janggut,serban,purdah serta jubah tidak akan bertahan lama.Apabila dilanda dengan dugaan dan ujian Allah swt segala rupa agama tadi akan hilang sekelip mata.Kita boleh menukar rupa kita pada agama apabila mendengar ceramah agama.Ya benar.. ceramah agama yg bersemangat akan menimbulkan keinginan untuk mendapatkan agama.Tetapi dengan ceramah semata-mata hakikat agama takkan datang dalam diri.

Untuk hakikat agama datang dalam diri dan kehidupan kita maka kita perlu melapangkan masa,berkorban diri dan harta untuk membuat kerja atas hakikat agama.Hakikat agama takkan datang dalam diri kita melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendatangkan hakikat agama dalam diri.
Seperti beras adalah makanan asas kita,ianya cukup penting dalam kehidupan seharian.Untuk beras bertukar jadi nasi,itu pun perlu usaha.Tetapi sekiranya tiada lagi orang yg mengusahakan beras untuk ditanam di sawah,tiada lagi orang yg menjual beras di pasar,maka pasti dan pasti ianya akan habis.Jika tidak harini mungkin esok,jika tidak esok mungkin lusa.

Usaha atas hakikat agama akan bergerak dengan adanya usaha atas iman.Usaha atas iman adalah jambatan untuk sampaikan kita pada hakikat agama.Untuk hakikat agama datang dalam diri dan kehidupan mengambil masa puluhan tahun bahkan tiada cuti dan rehat.Dengan ini hakikat agama akan datang dengan perlahan-lahan.

Sahabat-sahabat nabi saw telah mendapat hakikat iman yg sempurna.Mereka telah buat usaha atas iman lebih kurang 13tahun di Mekkah dan 10tahun di Madinah.Setelah mereka mendapat hakikat iman barulah hakikat dan amalan agama datang dalam diri dan kehidupan mereka.Amalan agama yg pertama yg datang dalam kehidupan sahabat r.a adalah solah.
Sememangnya kita berkeinginan untuk mendatangkan agama yg sempurna dalam diri kita,kadang kala kita terlupa untuk berusaha mendapatkan asas agama iaitu hakikat kalimah LAAILAHA ILLALLAH.Usaha yg kita buat masa kini hanyalah usaha untuk meniupkan keinginan kepada agama,menimbulkan kesedaran tentang hukum agama dan perlaksanaannya adalah penting.
Segala bayan,ceramah,kuliah,forum,muzakarah adalah untuk maksud ini.Semasa kuliah diadakan kita terlalu bersemangat dan berazam untuk mengamalkan agama.Tetapi apabila usaha tidak di buat maka semangat hanya tinggal semangat.Kesan dari kuliah yg bersemangat kita akan mendapat rupa atau bentuk amalan agama,tetapi bukan hakikat agama.

Agama yg mempunyai hakikat hanyalah apabila amalan agama itu memberi kesan dan faedah kepada orang yg mengamalkannya seperti kesannya api dan gula kepada kita.Kesan dari api kita akan dapat memasak makanan,memanaskan badan dan membakar sesuatu.Gula pula akan memberi kesan pada rasa manisnya secawan teh.
Kesan seseorang yg mempunyai hakikat agama apabila dia melakukan solat,maka solatnya akan menarik bantuan Allah swt dan dapat selesaikan masalah di dunia dan akhirat.Solatnya ada 'Roh'.Apabila solat mempunyai hakikat maka ia akan mencegah kita dari melakukan dosa dan maksiat.
Apabila kita hanya mempunyai rupa amalan agama,maka ianya tidak akan memberi faedah dan kesan seperti rupa api dan gula sehinggalah ianya menjadi hakikat api dan gula.Sekiranya rupa amalan kita tidak memberi faedah dan kesan di dunia sudah tentu ianya tidak kan mendatangkan faedah dan kesan di akhirat.

Apakah kesan solat yg ada hakikatnya.?
Allah swt berfirman:
"Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar."(al-ankabut:45)
Bersolat sahaja tidak cukup,kita harus mendapatkan hakikatnya.Barulah solat tadi akan memberi kesan dan faedah didunia dan akhirat.
AMINNN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan