Selasa, 1 Disember 2009

Nama,Rupa Dan Hakikat

Setiap perkara mempunyai nama,rupa dan hakikatnya.Satu perkara yg hanya ada nama, maka ianya tidak mendatangkan faedah atau kesan.Jika kita menyebut tentang api,maka itu bukan api tapi cuma percakapan tentang api.Percakapan tentang api bukanlah api dan ianya tidak akan mendatangkan faedah walaupun kita bercakap tentang api berjuta kali.Jika dilukiskan rupa atau gambar api,ini juga bukan api,tetapi ia adalah rupa pada api.Rupa api tidak boleh beri kesan kepanasan pada kita.Ia tidak akan memberi kesan panas pada sesiapa pun yg menyentuhnya.

Api yg kecil tetapi ianya adalah api,maka ia boleh digunakan untuk membakar kayu,memasak makanan atau memanaskan badan.Jika api ini adalah hakikat api,maka ia mestilah merah menyala,ia juga akan mendatangkan faedah dan kesan pada sesiapa yg mendekatinya.
Nama dan rupa tidak akan mendatangkan faedah dan kesan pada pengucap dan pelukisnya.Jika api itu tidak panas,tidak merah menyala,tidak boleh memberi kesan,maka itu bukanlah api yg sebenarnya.

Begitu juga dengan gula,warna dan rupanya adalah putih.Gula yg sebenar mempunyai rasa yg manis.Jika ia di masukkan kedalam secawan teh maka ia akan memberi kesan manis terhadap teh tersebut.Jika "gula" itu mempunyai rupa seperti gula tetapi ianya tidak manis,maka sudah tentu ianya bukan gula,mungkin ianya kaca atau garam.

Setiap perkara mempunyai nama,rupa dan hakikat.Agama juga mempunyai nama,rupa dan hakikatnya.Nama dan rupa agama adalah mudah untuk dilaksanakan,tetapi belum tentu ia mempunyai kesan dan faedah.Kita boleh beritahu pada semua manusia bahawa agama kita adalah Islam dan nama kita adalah nama orang Islam,tetapi itu tidak bermakna bahawa kita telah mempunyai hakikat Islam dalam diri kita.Untuk menzahirkan rupa Islam kita boleh menukar pakaian kita kepada pakaian Islam.Kita boleh melakukannya denagn serta merta.Tidak perlu mengambil usaha yg lama.Dalam beberapa minggu kita boleh mempunyai janggut,serban,purdah dan memakai jubah.Kita akan kelihatan seperti orang yg beragama.Pakaian kita boleh mirip seperti Nabi saw.Apabila kita boleh bercakap tentang agama,dapat membaca al-quran dengan baik dan boleh berbahasa arab,maka orang akan menyangka bahawa kita mempunyai agama yg sempurna.Jika orang menyangka kita mempunyai agama yg sempurna tetapi diri kita tidak bersangkaan begitu ini tidak ada bahayanya.
"Apa yg bahaya" adalah apabila kita tidak mempunyai nama dan rupa,rupa dan pakaian,pakaian dan akhlak orang yg beragama tetapi menyangkakan bahawa kita telah mempunyai agama yg sempurna.Maka kita tidak lagi akan berusaha untuk membawa hakikat agama dalam diri dan kehidupan kita.Kerana kita telah menyangkakan bahawa serban,jubah,purdah dan janggut adalah agama yg sempurna.Pada hakikatnya kita hanya mempunyai rupa orang beragama tetapi hakikat agama belum masuk lagi dalam diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan