Khamis, 30 Jun 2011

10 Pesanan Imam Syafie Rah.

 Makam Imam Syafie rah
 
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

 Pandangan Makam Dari Dalam
 
Disini ana sertakan 10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1.Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

     ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Dengan ilmu yg kita ada maka bertambahnya rasa takut (khauf) pada Allah swt. Sekiranya kita mempunyai ilmu yg banyak,tinggi tp tidak beramal dengan ilmu itu, disisi Allah kita bukan orang yg berilmu walaupun di hadapan manusia kita disanjung. Kerana tujuan menuntut ilmu adalah untuk beramal.Tidak kira samada ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia(Funun) seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas..

8 ulasan:

  1. nice sharing.. thanks..

    banyak hak yg harus ditunaikan..

    sama2 azam utk amalkan ilmu, semoga digolongkan sebagai org yg berilmu di sisi Allah swt..

    BalasPadam
  2. Insha Allah
    mudah2an dgn niat kta yg kamil maka Allah golongkan kita dipadang Mahsyar dikalangan org2 yg berilmu dan beramal.

    BalasPadam
  3. thanks for share./
    got input from it

    BalasPadam
  4. no 1 tu pon da ssh.. haish.. nice post

    BalasPadam
  5. terimakasih ats artikel ni, peringatan kepada (aku) yang lupa.Semoga sama2 kita dpt manafaatnya. Sedih dan bimbang plak rasanya huhuu..

    BalasPadam
  6. liyana
    mudah2an info ni dpat kita ambil pengajaran, i`tibar dan amalkan ikut kemampuan kita inshaallah

    Hidayatullah
    dlm hadith da kata 2 tempat doa kita yg Allah akan maqbulkan. 1) doa di depan ka`abah 2)doa selepas solat fardhu.dgn berkat doa tuan jgn lupa doa hidayah pd nama pnulis blog yg doif ni juga ye.

    merah_s
    afwan lebih2 lagi pd penulis blog ni. mudah2an dpat igt & musahabah diri masa kita lalai dari mengingati Allah. lalai dri memngingati Allah 1 bala yg besar. wallahu a`lam.

    BalasPadam
  7. intan.maisarah
    apa yg benar mdah2an dpat kita amal n sampaikan

    BalasPadam